| crespo |
| User Sempoi |

 |
| |
| Joined: 05 May 2006 |
| Posts: 60 |
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
EKSPO hiburan elektronik (E3) yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) baru sahaja berakhir dan para peminat permainan komputer seluruh dunia sudah tentu sedang memperkatakan mengenai permainan terbaru Sony Computer Entertainment Inc. (Sony), PlayStation 3 (PS3).
PS3 yang dinanti-nantikan oleh peminat permainan digital seluruh dunia sebenarnya telah diperkenalkan konsep dan rupa bentuknya pada E3 tahun lepas.
Bagaimanapun, ketika itu Sony tidak memberikan butiran terperinci mengenai ciri-ciri yang terdapat dalam PS3 seperti bilakah ia akan berada di pasaran dan berapa pula harganya.
Tanda tanya orang ramai mengenai pemain konsol tersebut akhirnya terjawab pada E3 yang baru berakhir minggu lepas apabila Sony mengumumkan yang harganya untuk pasaran AS ialah RM1,797 (pemacu cakera keras (HDD) 20 Gigabait (GB)) dan RM1,774 (20GB HDD) untuk pasaran negara Kanada.
PS3 juga mempunyai versi 60GB HDD yang dijual dengan harga RM2,156 di AS dan RM2,130 di Kanada.
Sony juga mengumumkan PS3 akan menemui para peminat menjelang November ini untuk pasaran di Jepun, AS, Kanada dan Eropah. Bagaimanapun, tiada tarikh diberikan untuk pelancaran di Malaysia.
Pada pengumuman di E3, Sony juga mengesahkan mengenai penggunaan teknologi BD (Cakera Blu-ray) yang akan meningkatkan ruang storan dan kualiti imej.
Secara ringkasnya, Blu-ray merupakan teknologi cakera optikal berkapasiti tinggi yang mempunyai ruang storan sehingga 25GB, berbanding 4.7GB untuk cakera video digital (DVD) yang digunakan dalam PlayStation 2 (PS2).
Untuk sistem Blu-ray dua lapisan (dual-layer), ia boleh menyimpan sehingga 50GB dan mempunyai tahap keselamatan tertinggi.
Sehubungan itu, cakera Blu-ray dijangka akan menjadi medium storan pilihan masa depan yang membolehkan kandungan hiburan digital seperti permainan dan filem dengan imej berkualiti tinggi.
Untuk memastikan kuasa pengkomputeran pula, PS3 telah menggunakan cip unit pemproses sepusat (CPU) terbaru Sony yang dikenali sebagai ‘Cell’ dan unit pemprosesan grafik (GPU) RSX.
Kemampuan ‘Cell’ dijangka membawa revolusi dalam dunia permainan konsol dan dikatakan akan meningkatkan kuasa antara 20 hingga 1,000 kali ganda berbanding cip yang digunakan dalam PS2.
Selain itu, PS3 juga menyokong pelbagai jenis set televisyen (TV) yang terdapat di pasaran sama ada televisyen standard biasa atau televisyen definisi tinggi sepenuhnya.
Pengguna juga boleh menyambungkan PS3 kepada rangkaian jalur lebar melalui Gigabit Ethernet dan membolehkan pengguna bermain dalam talian secara lebih lancar dan menikmati hiburan dalam talian.
Selain itu, pengguna boleh berkomunikasi menggunakan chat suara atau video, menghantar pesanan segera, mendapatkan senarai rakan-rakan dalam talian, membeli-belah dan membayar di Internet, mendapatkan kandungan d Internet dan sebagainya.
Berita baik kepada pemilik-pemilik konsol PS1 dan PS2 kerana permainan-permainan yang dibeli oleh mereka sebelum ini masih boleh digunakan bersama PS3 apabila dibeli kelak.
Pada E3, Sony juga telah memperkenalkan alat kawalan terbaru untuk PS3, iaitu peningkatan kepada alat kawalan PlayStation sedia ada.
Alat kawalan PS3 menggunakan sistem pengesan enam cara yang sensitif dan ketepatan tinggi bagi membolehkan kesemua parameter dalam alat kawalan berfungsi secara sendiri.
Pengguna tidak lagi perlu menambah apa-apa tetapan (setting) baru ke dalam sistem paparan (seperti televisyen) yang membolehkan PS3 dikawal dari jarak jauh melalui rangkaian.
Bagaimanapun, fungsi getaran yang terdapat dalam alat kawalan PS1 dan PS2 akan ditiadakan dalam PS3 kerana gegaran itu boleh mengganggu maklumat yang dikumpul oleh sistem pengesan.
Kesemua maklumat tersebut akan dipindahkan kepada sistem PS3 melalui teknologi wayarles Bluetooth.
Dengan menggunakan kabel USB, alat kawalan PS3 boleh diubah dari persekitaran wayarles kepada berwayar secara automatik dan kabel boleh dipasang dan dicabut pada bila-bila masa.
 |
|